PIBG

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

PIBG

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

PIBG

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

PIBG

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

PIBG

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Thursday 29 June 2023

MESYUARAT AGUNG PIBG PADA 16/6/2023

Pada 16/6/2023,  pihak sekolah mengadakan mesyuarat agung PIBG di Dewan Seri Kenyalang.  Tujuan utama mesyuarat ini ialah untuk membuat pemilihan exco PIBG yang baharu.  Selain itu ialah untuk memberitahu kepada semua ibu bapa mengenai aktiviti PIBG sepanjang 2 tahun lepas,  laporan penggunaan duit PIBG,  laporan kemajuan kurikulum,  kokurikulum,  hal ehwal murid dan lain-lain.  Berikut ialah gambar-gambar semasa aktiviti dijalankan.









Tuesday 8 February 2022

MESYUARAT AJK PIBG KALI 1/2022

 Pada 27/1/2022,  AJK PIBG telah mengadakan mesyuarat kali 1 di bilik mesyuarat sekolah.  Tujuan mesyuarat ini diadakan ialah untuk membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan pembangunan sekolah dari segi kurikulum,  HEM dan Kokurikulum.  Mesyuarat diadakan pada pukul 0200 petang dan ditamatkan pada jam 0400 petang.  Berikut adalah gambar-gambar semasa mesyuarat :






Thursday 21 October 2021

Halatuju sekolah 2021 - 2025

 

Visi KPM:

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

 

Misi KPM:

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

 

 

Visi Sekolah:

Sekolah Unggul Generasi Cemerlang

 

Misi Sekolah:

Membangun Modal Insan Melalui Pendidikan Yang Berkualiti Demi Keunggulan Sekolah

 

 

ROADMAP SMK LUAR BANDAR NO.1: 2021 HINGGA 2025

 

MEMPERKASA KEPEMIMPINAN 2021

Objektif:

1) SLT dan MLT SMKLBS memantapkan pengetahuan dan kemahiran kepemimpinan dan pengurusan.

2) SLT dan MLT SMKLBS berupaya membantu organisasi melaksanakan transformasi.

 

MENGGEMBLENG ORGANISASI 2022

Objektif:

1) Semua warga SMKLBS mencapai potensi sepenuhnya.

2) Semua warga SMKLBS bertanggungjawab dan bertindak bersama untuk memastikan kemenjadian modal insan yang cemerlang.

 

MENERAJUI MODAL INSAN 2023

Objektif:

1) Semua warga SMKLBS mengutamakan pembentukan modal insan yang berkualiti tinggi.

2) Semua warga SMKLBS menghargai dan menganggap modal insan sebagai aset yang berharga.

 

MENJIWAI TRANSFORMASI 2024

Objektif:

1) Semua warga SMKLBS dapat menghayati transformasi organisasi.

2) Semua warga SMKLBS dapat membudayakan transformasi demi kemenjadian modal insan yang cemerlang.

 

MELESTARI KECEMERLANGAN 2025

Objektif:

1) Semua warga SMKLBS dapat mengamalkan budaya kerja yang berkualiti.

2) Semua warga SMKLBS mempunyai daya saing bertaraf global.

Tuesday 12 October 2021

MESYUARAT AGUNG PIBG 2021

22 September 2021,  PIBG telah mengadakan mesyuarat agung secara alam maya menggunakan google meet dan youtube online.  Mesyuarat secara alam maya ini kali pertama diadakan memandangkan tiada kebenaran oleh kementerian Pendidikan atau Kerajaan untuk mengadakan mesyuarat terbuka ketika negara masih dilanda pandemik covid-19.  Walaubagaimanapun,  pihak sekolah dan PIBG berjaya menganjurkan mesyuarat ini dengan kehadiran hampir 300 orang.  Pihak sekolah mengambil peluang ini untuk berkongsi dengan ibu bapa berkenaan dengan isu-isu sekolah seperti akademik, hem, kk dan lain-lain perkara.  Mesyuarat dimulakan pada pukul 2 petang dan berakhir 430 petang.  Berikut adalah gambar-gambar semasa mesyuarat.




Sunday 30 July 2017

Muafakat kali 2

Pada 8.7.2017,  muafakat kali kedua diadakan, tapi kali ini hanya melibatkan kelas peperiksaan iaitu Tingkatan 3, 5, 6 sahaja.  Aturcara program muafakat pada hari itu ialah,  para ibu bapa berkumpul di dewan mendengar ucapan YDP PIBG,  pengetua dan penolong kanan,  manakala para pelajar berkumpul di dalam kelas.  Pukul 1000 pagi kemudian,  semua ibu bapa berjumpa dengan guru tingkatan bersama anak mereka di dalam kelas membincangkan hal ehwal akademik dan disiplin anak-anak.  Majlis bersuari pukul 1200 TH.

 Ibu bapa dan pelajar berjumpa dengan guru tingkatan
 Guru tingkatan memberi penerangan kepada ibu bapa
Ibu bapa dan anak mereka

Friday 19 May 2017

Gotong Royong PIBG 2017

Pada 6.5.2017,  PIBG mengadakan gotong royong di sekolah dengan menjalankan pelbagai aktiviti seperti membersihkan tapak perhimpunan,  menyimen pondok pengawal, membaiki rumah hijau,  membersihkan parit,  membaja rumput padang dan lain-lain.  Seramai 360 ibu bpaa dan 120 orang guru dan kakitangan sokongan menjayakan projek ini.  Gotong royong ditangguhkan pada jam 1100 pagi.

 Membaiki rumah hijau
 Membersihkan tapak perhimpunan
 Membersihkan longgokan kayu di belakang asrama
Mengisi tanah pada pokok bunga

Hari Permuafakatan 2017 kali 1

Pada 8.4.2017,  pihak sekolah telah mengadakan hari permuafakatan dengan ibu bapa.  Majlis dimulakan dengan ucapan pengetua di dewan,  ucapan YDP PIBG, Ucapan DSP Chung Aik Peng dan kemudian ibu bapa berjumpa dengan guru tingkatan di dalam kelas anak masing-masing untuk membincangkan hal ehwal akademik,  sikap dan tanggungjawab anak-anak.  seramai 1000 lebih ibu bapa yang hadir menyokong program permufakatan ini demi kejayaan anak masing-masing dalam pendidikan.  Program ini ditangguhkan pada jam 1200 tengah hari selepas ibu bapa selesai berjumpa dengan guru tingkatan.

 Ucapan pengetua
 Ibu bapa
Ceramah oleh DSP Chung Aik Peng